AMPANG: Akhirnya tanda tanya apakah nama Si Comel Pipi Merah permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terjawab apabila bayi itu diberi nama Siti Aafiyah Khalid.
Pengumuman itu dibuat Siti, 39, dalam satu majlis akikah dan tahnik yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, di sini malam Ahad.
Siti dalam ucapannya berkata, nama Aafiah diperolehnya bersama suami ketika mereka mengerjakan umrah di Makkah.
“Setelah saya hamil, kami dapat ilham di Tanah Suci Makkah apabila suami sering baca satu doa pendek yang ada perkataan Aafiah.
“Suami tanya nak tak nama Aafiah yang membawa maksud segala yang baik,” jelas Siti.
Jelasnya lagi, sewaktu di Kuala Lumpur, beliau sedang memikirkan nama anaknya yang bakal lahir ketika itu dan sering menerima doa-doa yang menyebut Aafiyah.
Tambah Siti, dia bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya untuk hamil selepas 11 tahun berumah tangga.
Majlis tahnik yang dilakukan diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sumber: SiakapKeli
No comments:
Post a Comment