Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Pelbagai cara digunakan pembunuh untuk menghilangkan bukti.
Namun, pembunuh di Mexico mempunyai cara tersendiri untuk melupuskan bukti dengan menggunakan asid.
Polis menemui sisa mayat sekurang-kurangnya 240 orang yang dipercayai dibunuh pembunuh upahan yang menggunakan asid untuk melarutkan mangsanya di dalam tong sebelum membuangnya ke dalam kubur besar.
Pembunuhan kejam itu dilakukan Santiago Meza Lopez atau dikenali sebagai El Pozolero yang bekerja untuk kartel dadah Sinaloa di Mexico.
El Pozolero turut digelar ‘The Soup Maker’ (Pembuat Sup) dek kerana cara pembunuhannya yang kejam itu.
Siasatan mendapati kemungkinan terdapat 650 mangsa ditanam di sekitar kawasan dikenali The Chicken Coop yang terletak di Tijuana.
Sebelum ini, Lopez pernah ditahan pada 2009 selepas disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan sekurang-kurangnya 300 orang tetapi sehingga kini masih menunggu hukuman dijatuhkan.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment