loading...

Tuesday, 13 March 2018

Nampak Remeh,Tapi Inilah Hukum Dosa Memelihara Kucing Yang Mengejutkan!



Pada suatu hari, rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud :”Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”

Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” (Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46)

Dalam huraian hadis ini, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa penafian iman dalam sabda Baginda “tidak beriman” mempunyai dua tafsiran:

Pertama: Orang yang menganggap perbuatan menyusahkan jiran adalah halal.

Kedua: Menafikan kesempurnaan iman seseorang akibat sikapnya sentiasa menyusahkan jirannya.

Ibn Battal pula menegaskan, hadis ini memberi penekanan terhadap penjagaan hak-hak jiran kerana Rasulullah s.a.w. telah mengulang-ulang sumpah Baginda sebanyak tiga kali.

Manakala dalam kitab Fath a/-Bari, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani meriwayatkan ulasan menarik daripada Ibn Abi Jamrah berkenaan hadis ini. Beliau berkata:

“Sekiranya ditegaskan sedemikian rupa agar seseorang menjaga hak-hak jiran yang berada di sebelah dinding rumahnya dan dijauhkan mereka daripada sebarang mudarat, sepatutnya dia mestilah lebih menjaga kedua-dua jiran yang tidak terhalang oleh dinding (yakni kedua-dua malaikat yang sentiasa berada di sisi manusia untuk mencatat amalan mereka). Sesungguhnya apabila seseorang melakukan ketaatan, maka kedua-dua malaikat tersebut akan bergembira dan sekiranya melakukan maksiat, mereka akan bersedih.”

Betapa besarnya ancaman terhadap seorang yang menyusahkan jirannya sehingga dia terganggu dan tidak aman dalam kehidupan sehanannya.

Dosa daripada Memelihara Kucing

Sebenarnya begitu banyak tindakan dan perangai buruk seseorang yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang hidupnya.  Antaranya seperti membuang sampah atau meletakkan kenderaan di kawasan rumah jiran sehingga menganggu laluan keluar  masuk ke rumahnya, terlalu bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran, menanam pokok dan membiarkan daun-daun jatuh lalu menjejaskan keindahan kawasan rumah jiran, mengumpat, menoela, memfitnah jiran
dan pelbagai lagi perbualan yang melayakkan seseorang termasuk dalam ancaman Rasulullah s.a.w. seperti yang terdapat dalam hadis di atas.

Dalam isu kali ini, penulis hanya memfokuskan perbualan yang boleh mengganggu arau menyusahkan jiran iaitu memelihara kucing. Hukum memelihara kucing adalah harus, Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan “nafkah zahir dan batin” kucing peliharaannya.

Ia seperti keperluan makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan. Tidak cukup dengan itu , dosanya bertambah apabila mengganggu ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.

Tanggungjawab Semasa Jiran

Membiarkan kucing peliharaan kita menjadi pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah sebagai ‘tandas rasmi’ adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing peliharaan kita  bebas keluar dan masuk  ke rumah jiran “tanpa izin” sehingga menyebabkan jiran terganggu  juga satu dosa besar . Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya  mengalir ke halaman rumah  jiran dengan
mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dalam perbuatan rmenyusahkan jiran.

Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara kucing, tetapi dia teramat gemar memberi  makanan kepada kucing-kucing Iiar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar “berkampung” di sekitar rumah-rumah jiran , juga dianggap satu dosa sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu. Memberi makanan kepada kucing tersebut niat yang baik, tetapi ia negatif dari segi implikasinya. Demikian juga perbuatan sengaja membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan, ia juga dianggap satu dosa kerana menyusahkan orang lain.

Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan memikul dosa-dosa ini, tetapi manusia yang melakukan perbuatan inilah yang bakal menanggung segalanya. Kucing tidak mukalaf kerana tidak berakal, tetapi amat malang apabila tuan kepada kucing tersebut yang merupakan seorang manusia berakal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk berwaspada terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat perbuatan menyusahkan jiran.
Mencontohi Abu Hurairah

Namun  artikel ini bukan menjelaskan bahawa haram memelihara kucing , bahkan ia merupakan hobi atau minat yang sangat mulia. Penulis hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar sentiasa peka dengan pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w.

Apabila menyebut tentang memelihara dan suka akan kucing , sudah pasti nama Abu Huraiah r.a. terlintas di benak kita. Beliau merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat suka kepada anak-anak kucing. Gelaran ‘Abu Hurairah’ yang diberikan oleh Baginda kepadanya merupakan satu ikrar (pengakuan) terhadap keharusan memelihara kucing.

Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan beliau menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing ini. Justeru, sesiapa yang ingin mencontohi hobi Abu Hurairah ini wajib baginya untuk menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan juga hak-hak jiran daripada dicerobohi.

Dalam sepotong hadis lain, RasuIullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jibrail sentiasa berpesan kepadaku agar menjaga hak-hak jiran sehingga aku menyangka seseorang jiran bakal mewarisi harta jirannya.” (Riwayat al-Bukhari no. 5669 dan Muslim no. 6854)
Demikian hebatnya Islam mementingkan penjagaan hak jiran sehingga malaikat Jibrail begitu kerap mengingatkan Baginda s.a.w. mengenainya dan menjadikan pencerobohan terhadap hak-hak jiran sebagai suatu tanda ketidaksempurnaan iman seseorang.

– USTAZ SYED MOHD NORHISYAM


Sumber: hafizamri.com

No comments:

Post a Comment