loading...

Thursday, 22 March 2018

Netizen Geram Adik Neelofa Perlekehkan Jenama Samsung

SEPERTI kakaknya Neelofa, Ameera Khan juga tidak kurang hebatnya apabila sering dihimpit kontroversi.

Seakan tidak peduli dengan pengalaman lalu, kali ini Ameera sekali lagi mengundang kemarahan netizen apabila memperlekehkan telefon jenama Samsung.



Baru-baru ini Ameera memuat naik video, Quickfire Q&A With LMK, yang memerlukan Ameera memilih antara dua sebagai kegemarannya. Antara soalan lain, Ameera diminta untuk memilih telefon jenama Samsung atau Iphone.

Jawapan spontan Ameera mempersoalkan kembali soalan yang ditanya dan seterusnya memilih telefon jenama Iphone membuatkan dia dikecam hebat.

Ramai mendakwa jawaan Ameera seolah menunjukkan jenama Samsung satu jenama yang murah untuk dipakai olehnya.

Padahal beberapa hari yang lalu, Ameera ada memuat naik gambarnya di Instagram sedang mempromosikan tetefom bimbit jenama Samsung.

Justeru, ada yang beranggapan Ameera tidak sepatutunya berkelakuan sedemikian terhadap jenama yang membayar dirinya.

Mungkin selepas ini Ameera kena berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber: PisangDaily

No comments:

Post a Comment