BIASANYA wanita yang sering disimbah asid disebabkan cemburu atau dendam tetapi sebaliknya berlaku ke atas seorang remaja lelaki di Bangladesh.
Mangsa, Mahmudul Hasan Maruf berusia 17 tahun melecur di bahagian muka selepas disimbah dengan asid kerana menolak cinta remaja perempuan yang sudah lama menaruh perasaan cinta terhadapnya.
Remaja lelaki dari Dhaka ini mengalami kesan melecur yang teruk di seluruh muka akibat serangan asid dari remaja perempuan berusia 16 tahun terbabit.
Selain melecur di bahagian muka, bahu kanan mangsa juga turut melecur akibat terkena tempias cecair berbahaya itu.
Menurut laporan media tempatan, Mahmudul sebelum itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar bersama rakan-rakannya.
Dalam perjalanan pulang, Mahmudul bertembung dengan remaja terbabit yang dipercayai sudah lama menunggunya.
Difahamkan, remaja itu masih menaruh perasaan cintanya terhadap Mahmudul meskipun telah ditolak beberapa kali. Malah, dia sering membuat gangguan terhadap Mahmudul sejak beberapa bulan yang lalu.
Kedua-duanya kemudian bertengkar dan gagal mengawal kemarahan, remaja terbabit bertindak menyimbah cecair asid ke muka mangsa.
Melihat pada kecederaannya, tidak dapat dipastikan sama ada dia boleh pulih atau tidak. Namun yang pasti, kecederaan itu akan meninggalkan parut kekal pada wajahnya.
Sehari selepas kejadian itu berlaku, polis telah menahan suspek dan ibunya untuk siasatan lanjut.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment