loading...

Tuesday, 20 March 2018

Wanita Sebar Foto Anak Siti Nurhaliza Mahu Bersemuka Mohon Maaf

Kerana menyebarkan gambar anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, individu yang dikenali sebagai Wan Noor Akmal Wan Yusof dikecam hebat oleh peminat-peminat penyanyi itu.



Wan yang juga jurusolek sambilan berasa terkejut kerana tidak menyangka perkongsiannya tersebut mengundang kemarahan dari ramai pihak. Malah tambah Wan, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naiknya di Facebook.

“Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Malah, mereka mula mengecam saya. Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak. Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu,”

Mahu Jumpa Siti
Menyedari akan salah dan silapnya, Wan mahu berjumpa pihak Siti serta ingin menjelaskan perkara yang sebenar kepada mereka.



Mengulas mengenai kenyataan Datuk K yang bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran, Wan sama sekali tidak tahu mengenai kenyataan tersebut dan tidak akan berbuat demikian sekiranya dalam pengetahuannya.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti. Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya”

Apa boleh buat, perkara sudah pun terjadi. Melihatkan perkara seperti ini, nasihat kami, selidik dahulu sebelum anda berkongsi sesuatu di media sosial kerana pelbagai kontroversi yang terjadi adalah kerana media sosial.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment