KES kontroversi melibatkan pelakon dan pengacara popular Neelofa yang melancarkan tudungnya di Zouk beberapa bulan lalu, nampaknya belum habis diperkatakan.
Ini kerana ada pihak tertentu masih mengambil kesempatan atas kontroversi tersebut untuk tujuan pemasaran produk/syarikat mereka.
Memang benar dalam perniagaan apa sahaja peluang yang ada perlu direbut untuk mengatasi pesaing masing-masing. Namun dalam pada itu, biarlah pendekatan yang digunakan kena dengan caranya dan dilakukan secara ‘sihat’.
Menurut laporan sebuah blog hiburan, ada pihak telah bertindak melampaui batas apabila mempergunakan isu ‘Zouk’ untuk melariskan produk mereka.
Menggunakan Billboard (papan iklan), kandungan dan mesej pemasaran yang disampaikan dirasakan tidak begitu sesuai kerana ianya terang-terangan memerli Neelofa.
Billboard yang dipasang di tepi Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor itu memaparkan ‘sampul surat’ berwarna kuning yang tertera mesej kepada Neelofa berbunyi, “Dear Lofa, Sesungguhnya zoo lagi mulia dari Zouk. Dakwah Ikhlas dari ### (kilang kosmetik)”.
Blog hiburan tersebut juga mempersoalkan bagaimana kandungan pemasaran yang terang terangan memerli dan mengaibkan pihak tertentu boleh diluluskan pihak berkuasa untuk siaran kepada umum.
Lebih mengelirukan, pengiklan menggunakan perkataan ‘dakwah ikhlas dari’. Adakah Islam mengajar umatnya berdakwah dengan memerli dan mengaibkan orang lain? Ianya sesuatu yang menyalahi konsep ‘dakwah’ itu sendiri.
Sumber: Hangat.com
No comments:
Post a Comment