loading...

Monday, 21 May 2018

Bergelut Dengan Masalah Kesihatan, Jet Li Kelihatan Tua & Lemah



SELAIN Jackie Chan, Jet Li juga merupakan bintang kung fu terkenal sehingga menempa nama di Hollywood.
Seluruh dunia mengenalinya seperti mana Jackie Chan. Kemahirannya dalam seni bela diri kung fu tidak boleh dipertikaikan.

Jet Li telah membintangi beratus-ratus filem di China dan Amerika Syarikat. Kehandalannya dalam seni bela diri itu menjadi ikutan anak-anak muda.



Selain pandai berlakon, Jet Li juga mempunyai wajah yang kacak. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan, namun bakat Jet Li dalam seni bela wushu telah dikesan sejak berusia lapan tahun.

Bakatnya itu telah mengubah nasib hidupnya. Selepas kejayaannya sebagai atlet wushu dan memenangi pertandingan antarabangsa, Jet Li menukar kerjayanya ke dalam seni lakonan.

Keputusannya itu melakar kenangan manis dalam hidupnya apabila berjaya diterima dan membintangi pelbagai filem di China.



Filem-filem aksi yang dibintanginya laris bak pisang goreng. Malah, dia juga berkawan rapat dengan Jackie Chan.

Kemudian dia mengembangkan bakat lakonannya ke Amerika Syarikat. Seperti mana Jackie Chan, Jet Li juga mendapat sambutan hangat di Hollywood.

Namun, sejak 2010, Jet Li jarang muncul di dunia layar perak. Jet Li dikhabarkan bergelut denngan masalah kesihatan.

Dia disahkan menghidap ‘hyperthyroidism’ yang menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan kadar jantung seseorang.



Walaupun Jet Li telah menjalani rawatan, tetapi penyakit tersebut terus memberi kesan kepada kesihatannya sekali lagi. Dia terpaksa berhenti daripada dunia lakonan untuk berehat.

Di samping itu, Jet Li juga mengalami kecederaan kaki dan tulang belakang yang membuatnya tidak mampu berdiri tegak dalam masa yang lama.

Kesemua masalah kesihatan ini akan menjadi semakin buruk jika dia tidak berhenti berlakon.



Selain rawatan, Jet Li juga mendalami ilmu agama untuk membantu menstabilkan keadaannya.

Justeru, dia kini kerap pergi ke Tibet, bermeditasi atau membaca kitab suci.

Gambarnya ketika melawat kuil di Tibet tular di media sosial dan membuatkan ramai terkejut melihat keadaannya yang jauh berbeza daripada dulu.

Dalam foto tersebut, Jet Li kelihatan sangat tua dan lemah walaupun baru berusia 55 tahun.



Dia seolah-olah dipimpin untuk berjalan. Netizen seakan tidak percaya melihat jaguh kung fu itu kelihatan begitu lemah.

Dia seolah-olah dilihat dipimpin untuk berjalan. Netizens sangat tidak mungkin bahawa tuan kung fu yang kuat boleh kelihatan begitu lemah.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa bimbang dan sedih melihat keadaannya. Mereka berharap Jet Li kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment