loading...

Wednesday, 2 May 2018

Lelaki Kemboja Berlakon Mengaji, Rupa-rupanya Tangan Menular Curi Duit Tabung Masjid



Tak sangka warga asing yang membanjiri negara kita kini sudah makin berani melakukukan jenayah walaupun di dalam masjid! Menurut Sinar Harian, hari ni seorang lelaki warga Kemboja telah ditangkap selepas belangnya terbongkar mencuri wang daripada tabung masjid di Meru Raya. Uishh tak takut dosa ke ha??

Pancing duit guna tali kabel

Modus operandi warga asing ni senang je.Dia berpura-pura konon sedang khusyuk mengaji sementara menunggu waktu Subuh sementara tangannya ligat membuat kerja jahat dengan ‘memancing’ duit di dalam tabung. Berbekalkan empat tali kabel berpelekat di hujungnya, lelaki ini telah memasukkan tali tersebut ke dalam lipatan kain dan menggunakan alatan tu untuk ‘memancing’ keluar wang dari dalam tabung.



Sumber: Facebook
Pengerusi masjid tergerak hati tengok CCTV

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak! Tindakan si pencuri tu disedari oleh Pengerusi Masjid Al Ansar, Muntaha Kamil Halid menerusi rakaman CCTV di telefon bimbitnya selepas terjaga dari tidur kira-kira jam 4 pagi. Fuh nasib baik pengerusi masjid terdetik nak tengok CCTV!

“Saya tergerak hati untuk melihat telefon bimbit dan daripada CCTV itu, saya ternampak seorang lelaki sedang membaca al-Quran tetapi saya curiga apabila dia duduk di tepi tabung masjid.

“Saya perhatikan lebih 5 minit sebelum terlihat tangan lelaki itu bergerak-gerak mengait wang dalam tabung itu. Tanpa berlengah, saya terus menghubungi balai polis,” jelas Muntaha.

Mengaku baru pertama kali mencuri

Terkejut diserbu polis secara tiba-tiba di masjid, lelaki warga Kemboja tu terus mengaku bersalah mencuri wang dalam tabung masjid. Menurut Muntaha, suspek banyak kali memohon maaf dan janji takkan buat lagi. Katanya, jenayah tu pertama kali dia buat. Tapi buat masa ni, Muntaha serahkan semuanya pada pihak polis.




Macam mana pun, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mereka telah menahan warga asing berusia 31 tahun tersebut di tempat kejadian selepas menjumpai wang sebanyak RM160 di dalam poket bajunya. Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Alahai! Masjid tu kan rumah ibadat. Tergamak sambil mengaji pergi mencuri pulak. Sudahlah datang ke negeri orang, lepas tu buat hal. Ish, ish, ish!



Sumber : lobakmerah

No comments:

Post a Comment