loading...

Wednesday, 2 May 2018

Saya Berlakon Pakai Kereta Buruk Bila Jumpa Ayah Kandung Saya Kerana Saya Tak Nak Ayah Tahu Siapa Saya



Gambar Sekadar Hiasan
Hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya yang hidup dalam keluarga yang melalui penceraian. My mom is such a strong woman! Semua berlaku hampir 30 tahun lalu apabila ibu dianiaya ayah, ditinggal semasa mengandung tanpa satu sen duit. Ayah mencari perempuan lain. Nasib baik masa tu ibu call abang dia utk ambil dan hantar kembali ke rumah ibu bapa.

Setelah saya lahir, ibu ayah bercerai. Dan sekali lagi satu sen nafkah buat saya tidak diberi. Ibu nekad untuk mencari kerja. Ibu ke Johor dan bekerja keras mencari rezeki halal melakukan bermacam macam kerja sehinggalah dia betul2 berjaya. Ibu kini seorang ibu tunggal yg berjaya memiliki aset yg banyak. Alhamdulillah. Kegigihannya berbaloi. walaupun begitu dia sangat serik untuk berkahwin lagi.

Bayangkan saya tak sempat minum susu ibu sebab ibu terpaksa bekerja, tak mampu minum susu formula kerana susu mahal. Saya minum teh dan kopi saja. Kalau dikenang, memang sedih sebab ibu tinggalkan saya di kampung bersama opah. Opahlah yg jaga saya dan segala perbelanjaan kami ibu yang tanggung.

Macam mana dengan saya bila ibu berjaya? Ibu lupa saya? Tak. Ibu sangat baik. Ibu seorang yang sangat tegas, masa itu family kecil kami dah senang. Saya mendapat pendidikan yg terbaik dan belajar sampai universiti. Akhirnya, saya berjaya.

Saya bertemu jodoh pada akhir 20an tapi saya perlu mencari wali. Saya cari ayah. Saya pergi bertemu ayah saya. Ayah saya buat keputusan untuk bagi wali hakim. Jadi berkahwinlah saya dengan menggunakan wali hakim. Sebelum kahwin tu, menangis satu malam sebab mengenangkan nasib ayah sendiri tak sudi mewalikan saya.

Ok sebelum itu, selama hidup saya tak pernah bertemu ayah, ayah pula tak pernah cari saya sedari kecil. Sebab? Dia takut kena bagi nafkah. Masa saya jumpa ayah, saya naik kereta buruk, saya berpakaian selekeh.

Sebab ibu taknak saya mendedahkan siapa sebenarnya saya. Saya juga tak bagitau pekerjaan saya dan pendidikan saya. Saya buat biasa biasa macam orang kg, yela family saya memang asal orang kg.

Ok skip.. Bila saya dah kahwin hidup bahagia, family belah ayah add saya di fb (saya jemput family belah ayah datang kenduri). Majlis kahwin memang fully sponsored oleh ibu. Sejak dari itu ayah mula “nampak” saya. Dia nak tahu kehidupan saya. Dia add saya di FB, tapi saya tak approve. Lepas itu saya tengok ada orang PM saya. Rupa rupanya ayah. Dia cakap dia rindu saya.

Apa tindakan saya? Saya hanya berdiam diri. Saya bahagia bersama family saya. Ada suami dan anak anak. Ada ibu yang berkorban segala-galanya untuk saya. Ibu? Tak pernah kahwin lagi. Dia menanti bidadara di syurga, sambil menjaga opah yang uzur. Sedangkan ayah dah berkeluarga dan anak-anaknya saya lihat sangat kurang ajar dengannya.

Allahu kesian saya tengok diherdik begitu saja. Sangat tak dihormati. Sedangkan harta ayah semua diberi pada mereka. Ayah kini saya lihat susah. Tentang harta semua boleh jadi gila. Saya? Saya tak ambil tahu dan tidak mahu tahu. Sebaliknya, family belah ayah yang bercerita tentang harta itu pada saya.

Sekarang ayah dah meniti usia tua. Sibuk mencari saya. Tapi tiada kata MAAF di mulutnya. Saya hanya menanti kata MAAF yg tak kunjung tiba. Nak memaafkan.. Tapi bukan mudah melupakan.

Ayah, ketahuilah saya tidak punya rasa sayang pada ayah. Rasa itu tak pernah ada. Malah, saya awkward nak sebut “ayah” pertama kali dalam hidup. Orang kata seburuk-buruk ayah tetap ayah kita. Sebab itu saya ada rasa kasihan melihat ayah. Maaf andai tua nanti saya tak jaga ayah sebab saya kena jaga ibu. Saya doakan segala yg baik-baik utk ayah.

Sumber : kuasaviral

Buat wanita yg bergelar ibu tunggal, bangkitlah! Buat yang terbaik untuk masa hadapan. Buat lelaki, belajarlah erti tanggungjawab. Jangan sesal di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment