loading...

Friday, 4 May 2018

‘Tak Nasihat Ke?’ – Tegur Abby Abadi Kerana Rambut Qaza’, Lelaki Ini Pula Kena Serang!



Umum mengetahui anak sulung Abby Abadi dan Norman Hakim, Danish Hakim kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang hafazan di Turki. Menerusi laman Instagram, Abby sering memuat naik perkembangan anaknya yang kini nampaknya sudah dapat membiasakan diri di tempat orang.

Terbaru, Abby ditegur seorang individu yang menyangka gaya rambut Danish dicukur qaza’. Individu tersebut juga mempersoalkan mengapa Abby tidak menegur kesalahan yang dilakukan anaknya.
Kongsi gambar anak di Turki



Tu dia @danishhakim_243
Pantang cuti, hp mmg tak lepas… pastu asyik potong rambut, asyik shopping.. Kita tanya ikut siapa perangai asyik shopping je? Kan sekolah lagi?
.
Danish jawab ikut Mama/Papa la Hahahha sabar je
.
Shopping satu hal, selalu belanja kawan yg takde duit (sbb mama suruh.. ok takpe lagi) pastuu asyikkk beli top up je kerjanya.. sbb sibuk hantar berita sana sini. Menangis bakal nnti ni, belanja kasar sangat ni. San @light.km buleh tahan? Tak cukup duit utk hidup nnti, suruh Danish jual Nasi Ayam tau.

Tak nasihat anak ke?


Seorang pengikut di Instagram menegur Abby Abadi yang hanya membiarkan anak melakukan gaya rambut sedemikian, dakwanya lagi gaya rambut sedemikian menyerupai sesuatu kaum.

Bertindak tidak berdiam diri, Abby Abadi menjawab line tersebut hanyalah belahan rambutnya dan bukan dibuat mengikut trend.
Dia punya belahan rambut je – Abby Abadi


Diserang netizen






Selain Abby Abadi, netizen turut menjelaskan perkara sebenar dan menafikan line yang jelas kelihatan tersebut adalah qaza’. Tambah mereka lagi, sebagai seorang Islam kita hendaklah menegur secara berhemah dan tidak menuding jari.

Sumber : Abby Abadi

No comments:

Post a Comment