loading...

Thursday, 12 April 2018

Meskipun Terkilan Pulang Kampung Dengan Tangan Kosong, Wanita Ini Gembira Berjaya Pulang Selepas 18 Tahun Jadi Hamba Di UK



Seorang wanita warga Indonesia berasa gembira dan bercampur baur kerana berjaya dibawa pulang ke Indonesia selepas 18 tahun menjadi hamba di United Kingdom.

Parinah, 50, berasal dari Banyumas, Jawa Tengah dikatakan berasa sedih kerana pulang ke kampung halaman dengan tangan kosong meskipun telah bekerja di sana selama 18 tahun.

Selain pulang dengan tangan kosong, Parinah juga memperoleh banyak pengalaman pahit selama bekerja di sana.

"Perasaan saya gembira dan sedih. Gembira kerana mahu bertemu dengan keluarga dan anak-anak. Campur aduk sedih kerana tidak mempunyai wang," ulas Parinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London yang dipetik dari laporan wawancara Tempo.

Jelas Parinah, dia mula melakukan tugasnya sebagai pembantu rumah seawal 7.30 pagi setiap hari dengan melakkan tugasan di dalam dan luar rumah.



Setiap hujung minggu, Parinah diminta membantu membersihkan rumah anak majikan selama kira-kira empat jam.

Parinah meninggalkan Banyumas, Jawa Tengah, pada tahun 1999 untuk bekerja dengan keluarga seorang doktor di Arab Saudi.

Pada tahun 2001, keluarga majikannya berpindah ke England dan membawa Parinah bersama secara haram.

Sewaktu di England, Parinah dipaksa bekerja selama berjam-jam tetapi tidak pernah menerima sebarang bayaran selain dilarang menghubungi keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal di luar rumah majikannya

Bagaimanapun, Parinah berjaya mengirim surat kepada keluarganya di Indonesia melalui pejabat pos tempatan pada awal tahun ini.

Anaknya yang tidak pernah mendengarnya khabar tentangnya sejak beberapa dekad, akhirnya dapat menghubungi Kementerian Luar Negeri di Jakarta yang kemudian menghubungi Kedutaan Indonesia di London.

Bekerjasama dengan Polis British, Parinah akhirnya berjaya diselamatkan pada 5 April lalu.

Majikan, bersama isterinya dan dua anaknya, ditangkap oleh polis. Identiti mereka tidak didedahkan.

Dengan bantuan Kedutaan Indonesia, Parinah meninggalkan London pada Selasa dengan penerbangan Garuda Indonesia ke Jakarta untuk bersatu dengan keluarganya.

Sumber: BBC Indonesia

No comments:

Post a Comment