Hari ini hujan lebat sejak awal pagi dan sejuknya mencucuk sehingga ke tulang hitam. Saya mula terdetik, mungkin inilah sebabnya ramai orang bernikah/berkahwin pada bulan September. Buktinya, di newsfeed Facebook saya, ramai benar sahabat yang meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada bulan ini. Saya juga tidak terkecuali.
Mengenai kahwin bulan September, sebenarnya saya sudah menerima tiga undangan perkahwinan bagi tarikh 17 September 2016. Sementelah ia adalah hari Sabtu dan cuti sekolah pula. Ia juga masa yang sesuai untuk berkahwin dan membuat persiapan, memandangkan hari Sabtunya, 16 September 2016 merupakan hari cuti umum, Hari Malaysia.
Di awal minggunya pula adalah hari raya korban. Bakal pengantin boleh bercuti panjang mempersiapkan majlis dan diri. Inilah masa terbaik juga bagi keluarga dan sahabat untuk meraikan mempelai di hari bahagia mereka
Bercerita mengenai sahabat yang meraikan perkahwinan sahabat atau anak-anak sahabat, saya ada satu cerita. Ia berlaku pada tahun lepas di mana ketika itu saya menemui sahabat saya itu setelah dia berjanji untuk memberikan sampul duit raya yang diterimanya semasa ‘salam kaut’ untuk simpanan saya. Iyalah, saya kan pengumpul sampul duit raya. Dapat sampul terpakai pun tak mengapa jika hati sudah suka dengan hobi ini.
“Man, ini semua sampul yang aku dapat semasa majlis kahwin anak perempuan aku tu. Ada yang cantik dan ada yang sudah renyuk berlipat. Kau pilihlah sendiri ye,” katanya setelah kami memesan minuman di restoran mamak pada malam itu.
Saya menerimanya dan mengucapkan terima kasih. Sebagai orang yang beradab, saya tidak terus membeleknya biarpun hati saya begitu gelojoh untuk melihat sampul-sampul itu. Saya sekadar meletakkannya di sisi saya dengan hormat. Saya mula berbual kosong mengenai kelancaran majlis kahwin anaknya itu.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Harga lauk dan katering dapat balik tetapi tak ada untung sangatlah.
“Cuma aku sedih bila malam tu, buka sampul yang mereka bagi tu, ada juga yang letak tisu kosong. Tak kisahlah! Cuma aku sedih bila ada kawan yang sudah 20-30 tahun berkawan tetapi beri RM10 sahaja. Itu ke nilai kawan?” katanya meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
Saya membiarkannya terus meluahkan rasa dan akhirnya saya mula bersuara.
“Bang, kalau saya, saya sepatutnya tidak menerima duit itu biar berapa pun nilainya,”
“Kita buat majlis kahwin anak untuk beritahu orang yang anak kita sudah berumah tangga. Kita mahu ia diraikan dan dikenali oleh sanak saudara dan rakan tauladan dan sanak saudara. Pada saya perlu bagi duit salam kaut itu sebagai tanda hormat. Orang-orang tua kita dulubiasa amalkan. Cuma pada masa itu, mereka beri kain sarung, kain batik atau beri beras untuk pengantin memulakan hidup sendiri.
“Bagi sahabat, pada saya datang tunjuk muka sudah memadai. Kalau dapat kawan yang dapat datang bantu semasa kenduri lagi bagus,
“Kenapa saya kata begitu? “soal saya, dia mengangguk, mahu tahu.
“Sanak saudara tetap sanak saudara. Hubungan nasab itu membawa sampai mati. Gaduh hari ini, esok lusa berbaik semula. Tetapi sahabat, lain hubungannya. Ada orang bersahabat untuk diri sendiri sahaja, suami dan isteri mereka tidak bersahabat dengan sahabat suami atau isteri mereka. Jadi, apabila suami atau isteri meninggal dunia atau bercerai, persahabatan itu putus,
“Alangkah indah jika kita bersahabat dan melanjutkan persahabatan itu hingga kepada anak-anak kita. Tak semestinya kita bersahabat kerana dia kaya dan berkedudukan politik atau berpangkat dalam sesuatu syarikat untuk dapat kabel. Tetapi sebagai pihak rujukan dan nasihat apabila kita sudah tiada atau anak-anak perlu nasihat berkecuali. Abang nampak tak ‘point’ saya?” dia mengangguk sambil menghirup perlahan air nescafe panasnya.
“Kita rasa buat kenduri pada hari cuti atau cuti sekolah, semua orang senang datang. Tetapi kita silap. Ada masanya, sahabat kita itu sebenarnya sudah menempah percutian keluarganya enam bulan atau setahun awal. Namun, untuk menghormati kita, dia terpaksa mengubah cuti. Kadang-kadang pakej tak boleh ubah dan duit mereka ‘burned’ begitu sahaja. Ada juga yang dikenakan caj tambahan.
“Lebih menyedihkan lagi apabila sahabat itu terpaksa bermasam muka dengan isteri dan anak-anak mereka semata-mata ingin menghadiri kenduri kita atau anak-anak kita yang tiada kaitan dengan mereka. Kita tidak tahu apa yang terjadi di belakang kita semata-mata ada sahabat yang utamakan setiakawan itu.
“Saya belum cerita lagi bab kos perjalanan seperti minyak, tol dan ada juga sahabat yang terpaksa bermalam di hotel. Sukakah abang kalau sahabat baik kita tidak dapat datang ke kenduri kahwin anak kita dan sebagai ganti hanya mengirimkan duit RM100?” soal saya.
Dia menggelengkan kepala.
“Jadi, jangan tengok RM10 yang diberi di tangan kita. Tidak perlu juga tengok atau tanya berapa duit yang sahabat kita habiskan untuk datang ke majlis itu. Tetapi tengoklah nilai persahabatan yang membawanya ke majlis itu. Itu sudah lebih dari cukup.
“Apabila persahabatan dibina dengan nilai ikhlas, insyaAllah sahabat itulah yang akan berada mengiringi kita ke tanah perkuburan nanti, yang akan menjadi mata telinga kita memerhatikan anak-anak kita dan akan menyebut nama kita dalam setiap doanya,” jelas saya panjang lebar.
Dia meluru ke arah saya dan memeluk leher saya sambil menangis. Saya cuma terdiam sambil menundukkan kepala. Saya biarkan dia menangis bagi membasuh noda menilai setiakawan semata-mata nilai salam kaut RM10.
Celaka betul, ramai pula yang senyum-senyum melihat dua lelaki dewasa berpelukan di khalayak ramai di kedai mamak pada malam itu. Sumpah aku takkan jejak lagi ke restoran ini seumur hidup. Hahaha! – Izman Pauzi
Sumber : PetuaViral

No comments:
Post a Comment