loading...

Tuesday, 22 May 2018

Pengemis Meninggal Dunia, Tinggalkan RM4.3 Juta Dalam Akaun



SERINGKALI kita melihat di akhbar berita mengenai peminta sedekah atau pengemis yang mampu hidup mewah hasil wang sumbangan orang ramai.
Bayangkan kalau sehari mereka mampu mengutip beratus ringgit, apatah lagi kalau dihimpun selama sebulan.

Kisah seorang pengemis wanita di Labenon ini boleh dijadikan ukuran betapa kayanya hidup mereka hanya dengan mengemis.



Pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya (OKU) tersebut yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai disahkan meninggal dunia sebagai jutawan.

Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut.

Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).



Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).



Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lebanon yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment